More

    realme P4R 5G dilancar dengan bateri 8,000mAh, skrin 144Hz dan cip Dimensity 6300

    realme P4R 5G kini rasmi diperkenalkan sebagai model baharu dalam siri P yang memfokuskan kepada bateri berkapasiti besar, paparan kadar segar semula tinggi dan sokongan rangkaian 5G. Peranti dilengkapi skrin LCD 6.8 inci dengan resolusi HD+ (1570 x 720 piksel), kadar segar semula sehingga 144Hz, tahap kecerahan sehingga 1,200 nits dan dilindungi kaca Panda-1681.

    realme P4R 5G dijana cip MediaTek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Kamera utama menggunakan sensor 50MP dengan autofokus dan kamera swafoto 8MP. Aplikasi kameranya turut menyokong pelbagai mod termasuk Night Mode, Street Mode, Cinematic Video, Dual-view Video, Time-lapse, Pro Mode, Tilt-shift dan integrasi Google Lens.

    Salah satu tarikan utama realme P4R 5G ialah bateri berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W SUPERVOOC serta serasi dengan protokol pengecasan VOOC, PD, QC dan PPS. Ciri lain yang turut disertakan termasuk pengimbas cap jari pada sisi, Face Unlock, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, port USB-C, sokongan OTG dan dwi-SIM 5G.

    realme P4R 5G mempunyai pensijilan rintangan hentakan bertaraf tentera MIL-STD-810H selain penarafan IP65 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air. Peranti ini berukuran 166.4 x 78.2 x 8.8mm dengan berat sekitar 224 gram. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Lavender Glare, Titanium Glare dan Silver Glare.

    Di India, realme P4R 5G dijual pada harga Rs18,999 (~RM811) untuk varian 4/128GB, Rs20,999 (~RM896) bagi model 6/128GB dan Rs22,999 (~RM982) untuk versi 6/256GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    realme P4R 5G dilancar dengan bateri 8,000mAh, skrin 144Hz dan cip Dimensity 6300

    realme P4R 5G kini rasmi diperkenalkan sebagai model baharu dalam siri P yang memfokuskan kepada bateri berkapasiti besar, paparan kadar segar semula...

    ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia dengan skrin Tandem OLED, AI 180 TOPS dan...

    ASUS hari ini mengumumkan pelancaran ASUS ExpertBook Ultra (B9406CAA) di Malaysia. Ia tiba sebagai sebuah komputer riba perniagaan premium berasaskan AI yang...

    Pelayar Opera for Android kini papar skor langsung bola sepak terus pada halaman utama

    Opera telah melancarkan kemas kini besar untuk Opera for Android yang memperkenalkan reka bentuk muka utama yang lebih ringkas serta satu ciri...

    Xiaomi perkenal MiMo-V2.5-Pro UltraSpeed, jana teks melebihi 1,000 token sesaat

    Xiaomi mengumumkan mod baharu UltraSpeed untuk model kecerdasan buatan (AI) MiMo-V2.5-Pro yang membolehkan ia menjana teks pada kelajuan melebihi 1,000 token sesaat....

    Google gandakan storan Google AI Plus kepada 400GB, harga kekal RM23.99

    Google telah mengemas kini pelan langganan Google AI dengan peningkatan kapasiti storan kepada 400GB berbanding 200GB sebelum ini. Menariknya, pengguna di Malaysia...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...