More

    KLIMS 2026: Perodua C2 buat kemunculan, bayangan awal rekaan EV akan datang?

    Perodua memperkenalkan model konsep terbaharu mereka dikenali sebagai C2 (Chapter 2) di KLIMS 2026 yang menandakan kesinambungan perjalanan jenama itu dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV).

    C2 merupakan sebuah konsep EV dan bukan model produksi, sebaliknya menjadi gambaran awal hala tuju reka bentuk, teknologi dan ekosistem mobiliti Perodua untuk masa hadapan. Model ini dilihat sebagai kesinambungan kepada fasa awal elektrifikasi Perodua dengan pendekatan yang lebih jelas terhadap pembangunan EV tempatan.

    Ia menampilkan reka bentuk baharu yang lebih moden dan futuristik, dihasilkan oleh pereka muda Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha mengetengahkan bakat tempatan dalam industri automotif. C2 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan berasaskan AI yang merangkumi navigasi masa nyata, maklumat stesen pengecas, kemas kini trafik, bantuan parkir pintar serta sistem keselamatan dan anti-kecurian yang dipertingkat.

    Perodua menekankan integrasi ekosistem digital melalui P-Circle iaitu sebuah super aplikasi yang menggabungkan servis kenderaan, pembayaran digital dan pengurusan pengalaman pemilikan dalam satu platform. Walaupun konsep, C2 dijangka menjadi asas kepada pembangunan model EV Perodua akan datang dalam segmen B.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Perodua

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured