More

    Insta360 saman balas DJI, dakwa langgar 5 paten teknologi kamera dan penstabilan

    Pertikaian paten antara DJI dan Insta360 kini masuk fasa baharu apabila Insta360 memfailkan saman balas di Amerika Syarikat terhadap pengeluar dron dan kamera tersebut. Sebelum ini, DJI terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Insta360 berkaitan siri kamera baharu Luna Ultra yang didakwa melanggar paten rekaan dan paten utiliti milik DJI.

    Melalui saman balas yang difailkan, Insta360 mendakwa DJI telah melanggar lima paten utiliti miliknya melibatkan teknologi penstabilan, kawalan arah gimbal, sistem penstabilan video, paparan telemetri dan penstabilan rakaman panorama. Menurut Insta360, teknologi tersebut digunakan pada beberapa produk DJI termasuk siri Osmo Pocket, Ronin/RS, Osmo Mobile dan Osmo 360.

    Dalam kenyataannya, Insta360 juga menegaskan Luna Ultra bukan dibangunkan berdasarkan produk pesaing, sebaliknya merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan dalaman yang telah bermula sejak tahun 2020. DJI mendakwa terdapat persamaan antara siri Luna Ultra dan Osmo Pocket sehingga membawa kepada tindakan perundangan untuk hak harta intelek syarikat.

    Buat masa ini, kedua-dua pihak masih meneruskan proses perundangan dan belum ada sebarang keputusan rasmi diumumkan. Namun, ia dijangka menjadi antara pertembungan paling besar dalam industri kamera dan teknologi pengimejan memandangkan kedua-dua jenama kini bersaing secara langsung dalam segmen kamera kompak, gimbal dan rakaman 360 darjah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Peta Pixel

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured