More

    Pengecasan EV kini lebih “autopilot” dengan lengan robot baharu Xiaomi

    Xiaomi Auto memperlihatkan teknologi baharu dikenali sebagai lengan robot pengecas yang direka untuk mengautomasikan proses pengecasan kenderaan elektrik (EV) di rumah. Produk berkenaan disasarkan untuk dilancarkan secara komersial pada suku keempat 2026.

    Melalui demonstrasi yang dikongsikan, pengguna hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang parkir dan sistem akan mengendalikan keseluruhan proses pengecasan secara automatik. Lengan robot tersebut akan mengesan kedudukan port pengecas, menyambungkan kabel dan memulakan pengecasan tanpa memerlukan pengguna keluar untuk memasang pengecas secara manual.

    Apabila bateri mencapai tahap penuh atau had yang telah ditetapkan, sistem itu juga boleh menanggalkan semula penyambung pengecas secara automatik. Selain itu, pengecasan turut boleh diaktifkan dari jauh menggunakan aplikasi telefon pintar selagi kenderaan berada dalam lingkungan operasi sistem.

    Xiaomi menegaskan video demonstrasi yang dipaparkan bukan sekadar konsep, sebaliknya dirakam dalam situasi penggunaan sebenar dan fungsi yang ditunjukkan dikatakan sudah bersedia untuk pengeluaran. Ia dibina dalam bentuk kompak supaya sesuai dipasang di ruang parkir rumah yang sempit.

    Produk tersebut dijangka menjadi sebahagian daripada ekosistem pintar “Human × Car × Home” Xiaomi yang menghubungkan kenderaan, rumah dan automasi melalui AI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Car News China

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...