More

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17 Pro Max. Siri Genesis menggunakan konsep modul magnetik yang boleh dipasang dan ditanggalkan tanpa membuka peranti. Ia berada di pertengahan antara sarung telefon biasa dan pengubahsuaian penuh.

    Model paling eksklusif dalam siri ini ialah Relict yang dijual pada harga AS$4,490 (~RM18,540) dan dihadkan kepada hanya tujuh unit. Keunikan model ini terletak pada penggunaan serpihan fosil Tyrannosaurus Rex (T-Rex) sebenar yang disematkan pada elemen hiasan berbentuk tanda semak di bahagian belakang.

    Selain itu, panel tersebut turut dibina menggunakan titanium gred penerbangan, kemasan kulit buaya Himalaya dengan tona kelabu ke putih serta sentuhan enamel berwarna biru. Bagi pengguna yang mahukan pilihan lebih sederhana, Caviar juga menawarkan empat lagi model dalam siri Genesis dengan pengeluaran terhad kepada 99 unit setiap satu.

    Model paling mampu milik ialah Proteus pada harga AS$1,630 (~RM6,730) yang menggunakan gabungan kulit buaya biru buatan tangan bersama titanium perak gred penerbangan. Sementara itu, model Stimulus dan Vector masing-masing dijual pada harga AS$1,910 dengan penggunaan bingkai titanium bersalut PVD hitam serta kemasan kulit buaya hitam.

    Perbezaan utama antara kedua-duanya adalah warna aksen enamel yang digunakan. Melengkapkan siri ini ialah Orion pada harga AS$2,060 (~RM8,505) yang menampilkan bingkai titanium bersalut emas, kemasan kulit biru serta elemen rekaan yang diinspirasikan daripada langit malam.

    Kesemua modul dalam siri Genesis menggunakan sistem pemasangan magnetik yang membolehkan pengguna menukar panel titanium dan kulit tanpa memerlukan sebarang alatan tambahan. Caviar turut menyatakan setiap unit akan dihantar dalam kotak hadiah khas syarikat itu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Caviar

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured