More

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K bermula RM2,999

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula RM2,999, ia tampil dengan rekaan dwi-kamera dan menumpukan kepada rakaman profesional dalam badan yang masih kompak.

    Model ini menggunakan sensor utama 1 inci dengan rakaman sehingga 8K bersama lensa Leica Summicron selain kamera telefoto sekunder bersaiz 1/1.3 inci. Sistemnya mampu menghasilkan kesan bokeh lebih semula jadi dengan sokongan sehingga 5 panjang fokus natif, 6x lossless zoom dan 12x digital zoom.

    Luna Ultra dikuasakan cip Triple AI Chip yang menyokong mod PureVideo untuk rakaman cahaya rendah sehingga 4K 60fps. Kamera ini juga menyokong Dolby Vision, rakaman 10-bit I-Log, serta sehingga 14-stop dynamic range. Untuk kestabilan, Insta360 menggunakan gabungan gimbal fizikal 3 paksi dan Electronic Image Stabilization (EIS).

    Selain itu, ia hadir dengan rekaan modular termasuk skrin OLED 2 inci boleh tanggal untuk pemantauan jauh, fungsi timecode sync untuk suntingan profesional serta sokongan terus kepada mikrofon Insta360. Dari segi penggunaan harian, Luna Ultra menawarkan bateri 1550mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 4 jam, selain menyokong pengecasan pantas sehingga 80% dalam sekitar 23 minit.

    Ia juga menyediakan 47GB storan dalaman dan sokongan microSD sehingga 1TB. Dengan berat sekitar 200g, kamera ini ditawarkan dalam pilihan warna Cosmic Black dan Stellar White. Insta360 Luna Ultra kini sudah mula dijual di Malaysia melalui saluran penjual rasmi. Seperti biasa, adakah ini kamera gimbal yang anda tunggu atau masih memilih alternatif lain?

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...