More

    Apple pesan 10 juta unit iPhone Ultra boleh lipat, bakal dilancar September ini

    Laporan terbaharu daripada Nikkei Asia mendedahkan Apple telah meminta pembekal untuk mengeluarkan sekitar 10 juta unit iPhone boleh lipat yang dijangka dinamakan sebagai iPhone Ultra. Jumlah sasaran pengeluaran awal ini menyaksikan peningkatan berbanding anggaran laporan terdahulu yang meletakkan sasaran sekitar 7 hingga 8 million unit sahaja.

    Model boleh lipat pertama Apple ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi bersama-sama siri iPhone 18 Pro pada September depan. Selain model boleh lipat, Apple dilaporkan turut meminta pembekal mengeluarkan sebanyak 70 juta unit bagi model iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max.

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan sasaran pengeluaran bagi barisan iPhone terbaharu pada tahun 2026 mencecah sekitar 220 juta unit. Pembekal juga telah diarahkan bersedia untuk menerima tempahan tambahan sehingga 85 juta unit pada separuh kedua tahun 2026, selain diminta menyimpan komponen tertentu daripada siri iPhone 17 untuk kegunaan siri iPhone 18 akan datang.

    Siri peranti merangkumi iPhone Ultra, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max ini dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 8 September. Ungtuk harga, iPhone boleh lipat berkenaan dilaporkan akan dijual pada harga bermula sekitar $2,500 dan boleh mencecah sehingga $3,000 bagi varian storan yang lebih tinggi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nikkei Asia

     

    Artikel Terkini

    Apple pesan 10 juta unit iPhone Ultra boleh lipat, bakal dilancar September ini

    Laporan terbaharu daripada Nikkei Asia mendedahkan Apple telah meminta pembekal untuk mengeluarkan sekitar 10 juta unit iPhone boleh lipat yang dijangka dinamakan...

    Instagram Edits kini sokong sarikata dwibahasa, fungsi “clip lock” dan lagu “trendy”

    Instagram telah melancarkan kemas kini untuk aplikasi penciptaan dan penyuntingan video tersendiri mereka, Edits. Kemas kini ini membawakan beberapa ciri baharu untuk...

    Sektor pusat data bakal guna 31% tenaga elektrik Malaysia menjelang 2035

    Penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data AI di Malaysia dijangka meningkat secara signifikan kepada 31 peratus bersamaan 73,274 gigawatt-jam (GWh) menjelang...

    Hotlink Travel SIM 7 hari dilancarkan — Internet 5G tanpa had 4 negara pada...

    Hotlink memperluaskan penawaran SIM Travel mereka dengan memperkenalkan pilihan tempoh sah 7 hari yang baharu pada harga RM25. Pelan baharu ini menawarkan...

    Sony tamatkan pengeluaran cakera fizikal untuk “game” baharu bermula 2028

    Sony mengumumkan penamatan pengeluaran cakera permainan fizikal untuk semua permainan baharu di platform PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini bermakna setiap permainan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured