HONOR Malaysia melancarkan perakam suara pintar HONOR CHOICE KUMI AI Note yang menampilkan reka bentuk kad nipis dengan ukuran 2.89mm direka untuk kegunaan rakaman mesyuarat, kuliah serta terjemahan perbualan secara masa nyata. Peranti dikuasakan cip pemprosesan audio ATS3085S4 dengan sistem operasi FreeRTOS dan storan dalaman 64GB.
Untuk rakaman suara, ia menggunakan gandingan dua mikrofon silikon bersama satu mikrofon konduksi tulang bagi memastikan audio yang jelas. HONOR mendakwa peranti mampu mencapai tahap ketepatan transkripsi sehingga 98 peratus bagi lebih 130 bahasa dan dialek.


Antara ciri utama termasuk pengecaman suara individu untuk membezakan penutur dalam satu trek transkripsi, penjanaan ringkasan mesyuarat automatik serta pemetaan minda. Peranti ini juga menyokong sambungan Bluetooth serta Wi-Fi jalur dwi (2.4GHz dan 5GHz).
Bateri berkapasiti 130mAh yang dimuatkan mampu bertahan sehingga 24 jam untuk rakaman berterusan dengan masa siap sedia melebihi setahun. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 100 minit melalui sokongan pengecasan wayarles atau kabel bermagnet. Pengguna diberikan 600 minit transkripsi percuma setiap bulan.

HONOR kini membuka tempahan awal dengan promosi ganjaran HONOR Points. HONOR CHOICE KUMI AI Note dipasarkan di Malaysia dengan harga RM699 dan pembelian boleh dibuat melalui pelan ansuran tanpa faedah selama 6 bulan bermula RM116.50 sebulan atau sehingga 24 bulan melalui kad kredit terpilih.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







