More

    Siri Redmi Note 17 dilancar dengan bateri sehingga 9,000mAh dan ketahanan “flagship” bermula ~RM782

    Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 17 untuk pasaran China yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bateri berbanding model terdahulu. Redmi Note 17 hadir dengan skrin OLED 7 inci berkadar segar semula 120Hz serta bateri berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan 45W.

    Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 4 Gen 4 dan mempunyai penarafan ketahanan air IP65. Model Redmi Note 17 Pro pula dilengkapi paparan OLED 6.83 inci 12-bit dengan kecerahan puncak mencapai 3,500 nits. Ia menggunakan bateri silikon-karbon berkapasiti 9,000mAh yang menyokong pengecasan lebih pantas iaitu 67W.

    Daripada segi prestasi, model Pro dijana cip Snapdragon 6s Gen 4 serta menawarkan ketahanan lebih tinggi dengan penarafan IP68 dan IP69K. Kedua-dua peranti turut menyokong pengecasan berbalik 22.5W. Model Pro dibina menggunakan perlindungan Gorilla Glass Victus 2 dan telah melepasi ujian jatuh setinggi 3 meter manakala model standard menggunakan Gorilla Glass 7i.

    Siri ini sudah mula dijual di China dengan harga permulaan CNY 1,300 (~RM782) bagi Redmi Note 17 dan CNY 1,600 (~RM962) bagi model Pro. Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran global mahupun perbezaan spesifikasi yang mungkin berlaku bagi pasaran luar China.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mi 1|2

     

    Artikel Terkini

    Siri Redmi Note 17 dilancar dengan bateri sehingga 9,000mAh dan ketahanan “flagship” bermula ~RM782

    Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 17 untuk pasaran China yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bateri berbanding model terdahulu. Redmi Note...

    Spotify ada AI sendiri? Kini boleh sembang dan minta lagu guna suara

    Spotify secara rasmi memperkenalkan ciri Talk to Spotify yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui perbualan dua hala. Ia kini ditawarkan dalam...

    Samsung umum Flex Titanium, janjikan skrin “foldable” lebih nipis dan kuat

    Samsung secara rasmi memperkenalkan teknologi Flex Titanium yang akan digunakan pada generasi peranti boleh lipat seterusnya. Inovasi baharu memfokuskan kepada peningkatan ketahanan...

    StepX Neo tiba sebagai telefon pintar “agentic” pertama di dunia

    Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, StepFun, melancarkan StepX Neo sebagai telefon pintar pertama dunia yang menggunakan sistem operasi berasaskan ejen dikenali sebagai...

    Waze integrasikan Gemini AI untuk laluan motosikal dan kereta

    Google mengumumkan kemas kini aplikasi Waze yang mengintegrasikan bantuan Gemini AI bagi meningkatkan pengalaman navigasi pengguna. Kemas kini terbaharu menawarkan mod khusus...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured