More

    Telefon masih berkunci tapi Gemini tetap boleh hantar SMS? Ini penjelasan Google

    Google sedang melancarkan kemas kini bagi menutup kelemahan keselamatan pada skrin kunci peranti Android 16 yang membolehkan pembantu maya Gemini menghantar mesej teks tanpa memasukkan kod PIN. Isu ini membolehkan individu yang memegang fizikal peranti mengakses fungsi tertentu tanpa pengesahan keselamatan.

    Kelemahan tersebut dikesan apabila pengguna melumpuhkan akses Gemini kepada aplikasi pemesejan seperti Google Messages. Secara normal, peranti akan meminta pengesahan kod PIN apabila arahan menghantar SMS diberikan pada skrin kunci peranti.

    Namun, pintasan berlaku apabila butang teruskan ditekan serentak dengan butang tambah lampiran pada antara muka Gemini. Tindakan serentak ini memintas sistem pengesahan PIN lalu membenarkan mesej dihantar serta-merta tanpa sebarang halangan keselamatan.

    Selain itu, kelemahan sama turut membolehkan integrasi aplikasi seperti WhatsApp diaktifkan semula hanya dengan menaip arahan khas tanpa melalui proses pengesahan. Menurut Google, isu ini tidak terhad kepada peranti siri Pixel sahaja dan kemas kini bagi membaiki masalah tersebut sudah mula diedarkan kepada pengguna.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Register

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured