More

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang membolehkan rakyat berinteraksi secara terus dengan versi digital Perdana Menteri. Avatar dilatih menggunakan himpunan ucapan, penulisan rasmi serta rekod polisi pentadbiran kerajaan.

    Melalui latihan data tersebut, sistem ini berupaya berkomunikasi dengan nada suara dan gaya bahasa yang mirip dengan Perdana Menteri dalam pertuturan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sistem dibangunkan dengan keupayaan autonomi yang membolehkannya memecahkan tugasan kompleks kepada beberapa langkah tanpa memerlukan pemantauan manusia secara berterusan.

    Fungsi utamanya adalah membantu rakyat menavigasi perkhidmatan kerajaan seperti pembaharuan lesen memandu, pelaksanaan pembayaran digital serta memberikan panduan kerjaya dan pendidikan. Menurut Zetrix AI, platform ini menggunakan model pengetahuan peribadi yang dikemas kini secara berterusan menggunakan ucapan dan kenyataan awam terkini bagi memastikan ketepatan maklumat.

    Selain itu, sistemnya turut diintegrasikan dengan dompet digital serta pengesahan kriptografi bagi menjamin keselamatan transaksi. Inisiatif ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda pendigitalan negara untuk memperluas akses perkhidmatan awam secara dalam talian. Pengguna boleh mula cuba menggunakannya melalui platform mesej WhatsApp yang disediakan secara rasmi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured