More

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu kini ditetapkan pada harga RM17.90 sebulan berbanding kadar sebelum ini.

    Selain pelan individu, kenaikan harga ini turut melibatkan pelan pelajar serta pelan keluarga dengan kadar baharu yang diselaraskan mengikut kategori langganan masing-masing. Pelanggan sedia ada akan mula melihat perubahan caj pada bil langganan bulanan mereka mengikut tarikh pembaharuan kitaran pengecasan yang seterusnya.

    Ini merupakan kenaikan harga pertama bagi Apple Music dalam tempoh hampir empat tahun. Apple kali terakhir menaikkan harga pada Oktober 2022 selain turut menaikkan harga langganan pakej Apple One pada ketika itu.

    Apple kemudiannya menaikkan harga untuk Apple TV, Apple Arcade dan Apple News+ pada Oktober 2023 termasuk pakej Apple One yang berkaitan sebelum Apple TV mengalami satu lagi kenaikan harga pada Ogos 2025 manakala harga Apple One kekal tidak berubah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured