More

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti merangkumi SMS, sejarah panggilan dan tetapan peranti akan dimasukkan ke dalam kiraan kuota storan keseluruhan dalam tempoh 43 hari.

    Penggunaan ruang bagi data sandaran ini dianggarkan sekitar 50MB atau 0.05GB sahaja bagi pengguna biasa. Walau bagaimanapun, perubahan ini dijangka memberi kesan kepada pengguna yang sudah menghampiri had maksimum storan percuma 15GB yang dikongsi bersama akaun Google.

    Sekiranya akaun melepasi kuota 15GB yang disediakan, fungsi sandaran automatik akan dihentikan serta-merta dan pengguna tidak lagi boleh memuat naik atau mencipta fail baharu. Google menyarankan pengguna sama ada memadamkan fail tidak diperlukan atau membeli ruang storan tambahan.

    Google akan menghantar peringatan secara berkala mengenai status storan berkenaan. Data pengguna tidak akan dipadamkan serta-merta melainkan akaun kekal melebihi kuota selama dua tahun atau lebih di mana pengguna akan diberi peluang untuk memuat turun data sebelum ia dipadamkan.

    Bagi yang memerlukan ruang tambahan, pelan storan Google paling asas iaitu Lite yang menawarkan 30GB boleh dilanggan pada harga RM3.50 sebulan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured