More

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box. Ia merupakan peti penyejuk badan muatan seorang yang direka khas untuk mendinginkan individu yang terdedah kepada suhu panas melampau.

    Rekabentuk peranti ini diinspirasikan daripada mesin layan diri berpendingin di Jepun dengan mengekalkan suhu ruang dalaman sekitar 15 darjah Celsius. Apabila pengguna duduk di kerusi yang disediakan, udara sejuk pada suhu anggaran 5 darjah Celsius akan disalurkan terus ke bahagian kepala, leher, bahu dan belakang badan.

    Pengguna boleh merasakan kesan sejuk seawal lima minit manakala penggunaan selama 10 minit dijangka membantu mengurangkan suhu badan serta melegakan simptom kelesuan haba. Peranti mudah alih ini menyediakan tiga mod penyejukan dan dilengkapi fungsi padam automatik selepas 20 minit bagi mengelakkan penyejukan berlebihan.

    Ia menggunakan kira-kira separuh daripada tenaga elektrik yang diperlukan oleh penyaman udara tempatan biasa, tidak memerlukan proses pemasangan khas serta dipasang dengan roda untuk memudahkan ia dipindahkan. Peti sejuk ini disasarkan untuk kegunaan di tapak pembinaan, kilang, gudang, acara luar, sekolah dan pusat beli-belah.

    Do Hiemon Box kini dijual di Jepun melalui pengedar peralatan industri pada harga 1.5 juta yen (~RM43,260). Satu unit peranti ini turut didermakan kepada Dewan Bandaraya Maebashi untuk kegunaan awam secara percuma semasa waktu operasi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...