HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat yang ditiriskan di X menunjukkan bahawa HMD sedang membangunkan paparan yang diinspirasikan daripada gabungan antaramuka Windows Phone serta platform Nokia X.
Antaramuka baharu menawarkan susun atur gaya Metro yang memaparkan maklumat paparan pantas secara dinamik. Langkah ini berbeza daripada pelancar peranti Android standard yang banyak menggunakankisi ikon biasa. Ujian perisian pula selari dengan strategi syarikat yang sebelum ini telah menghasilkan perkakas berasaskan reka bentuk klasik Nokia.

HMD Global telah melancarkan model seperti HMD Skyline yang menggunakan reka bentuk Fabula unibodi serupa dengan model Nokia N9 dan Lumia 920. Selain itu, terdapat laporan menyatakan bahawa HMD sedang merancang untuk mendapatkan hak tanda dagang dan paten berkaitan Lumia daripada Microsoft.
Sekiranya transaksi tersebut berlaku, mereka berkemungkinan merancang penghasilan semula model Lumia yang menggunakan sistem operasi Android. HMD juga dikhabarkan mempunyai perancangan yang sama bagi jenama Asha. Pelancar perisian berasaskan tile direka untuk berfungsi di atas sistem operasi Android.

Ini membolehkan peranti menawarkan antaramuka khas tanpa mengorbankan akses kepada aplikasi utama dalam ekosistem Android. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







