More

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara Unpacked. Kedua-dua model jam tangan pintar ini dijamin menerima lima kali naik taraf sistem operasi utama serta lima tahun tambalan keselamatan secara berkala.

    Menerusi polisi baharu, peranti yang dilancarkan pada tahun 2026 ini akan terus menerima kemas kini sistem operasi terkini sehingga tahun 2031. Sebagai perbandingan, model sebelum ini bermula daripada Galaxy Watch 4 sehingga siri Galaxy Watch 8 hanya ditawarkan dengan empat kali naik taraf OS walaupun turut menerima lima tahun kemas kini keselamatan.

    Buat masa ini, Samsung belum mengesahkan sama ada polisi lima kali naik taraf OS ini akan diperluaskan secara retroaktif kepada model jam tangan pintar yang lebih lama atau tidak. Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 didatangkan secara terbina dengan sistem operasi Wear OS 7 serta antaramuka One UI 9 Watch, disamping pelbagai ciri kesihatan dan AI baharu.

    Tempahan untuk kedua-dua peranti ini telah dibuka sejak 22 Julai dengan harga jualan bagi Galaxy Watch 9 bermula pada RM1,599 manakala Galaxy Watch Ultra2 dalam varian 47mm LTE dijual pada harga RM3,399. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SamMobile

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured