More

    HONOR bakal lancar telefon robot pertama dunia pada 12 Ogos ini

    HONOR mengesahkan pelancaran peranti terbaharu yang dipasarkan sebagai telefon robot pertama di dunia pada 12 Ogos ini. Peranti yang dibangunkan bersama pembuat kamera dari Jerman, ARRI, kini sudah mula dibuka untuk tempahan pada laman web rasmi syarikat di China. Bagi mendapatkan akses pembelian awal, pembeli perlu membayar deposit sebanyak ~RM300.

    Bayaran deposit ini tidak menjamin pegangan unit atau pilihan warna dan storan serta bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 24 jam selepas pesanan disahkan mengikut urutan bayaran. Peranti ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Star Trail Silver dan Moon Shadow Gray. HONOR menawarkan dua konfigurasi storan untuk model ini iaitu 12/512GB dan 16/1TB.

    Ciri utama peranti ialah kehadiran gimbal mekanikal titanium empat darjah kebebasan yang terbina pada bahagian atas peranti. Rekaan lengan mekanikal ini menggunakan motor kecil yang menjimatkan ruang sehingga 70 peratus berbanding rekaan gimbal biasa serta boleh disimpan atau dikeluarkan dengan satu sentuhan.

    Gimbal berkenaan berupaya berputar 360 darjah, menjejak subjek secara automatik dan melaras bingkai gambar secara kendiri. Penstabilan sistem ini melepasi taraf CIPA 5.5 untuk rakaman video tanpa memerlukan penstabil luaran. Sistem kamera peranti pula menampilkan tetapan tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 200MP f/1.6 pada gimbal, lensa sudut lebar 50MP dan lensa periskop 200MP.

    Kerjasama dengan ARRI turut menyertakan profil warna Log-C, LUT sinematik dan kawalan manual fokus dan imbangan putih pada aplikasi kamera. Peranti dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan HONOR menjangkakan ia akan menjadi peranti pertama yang menguasai teras sistem operasi baharu mereka, AgenticOS.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured