More

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa akan datang. Langkah ini diambil sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada kumpulan pembekal yang terhad serta mengimbangi risiko rantaian bekalan global.

    CXMT merupakan pengeluar cip memori utama dari China yang sedang berkembang pesat susulan peningkatan permintaan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI). Bagi Samsung, kerjasama dengan pembekal tempatan tersebut dapat memberikan akses bekalan yang lebih baik untuk telefon pintar yang dijual di pasaran China selain mengurangkan risiko pasaran memori.

    Meskipun Samsung menghasilkan cip memori sendiri, kepelbagaian pembekal membolehkan syarikat bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan pasaran. Penggunaan komponen CXMT juga berpotensi memberikan ruang penyesuaian harga yang lebih berdaya saing bagi pasaran tertentu.

    Walau bagaimanapun, lonjakan pembiayaan pusat data dan pelayan AI telah meningkatkan kedudukan tawar-menawar CXMT dalam pasaran DRAM. Situasi ini menyebabkan sesetengah produk memori CXMT dilapor dijual pada harga lebih tinggi berbanding penyelesaian dalaman Samsung sendiri.

    Selain Samsung, Apple turut dilapor sedang berada dalam perbincangan awal bersama CXMT bagi tujuan yang sama. Buat masa ini, kedua-dua pihak iaitu Samsung dan Apple masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi berhubung rundingan atau perjanjian pembekalan tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured