More

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun berkenaan. Menurut sumber, pelancaran rasmi untuk jualan pengguna dijangka menyusul pada penghujung tahun 2027.

    Peranti yang membawa kod nama N50 ini pada asalnya dijadualkan untuk pengumuman lebih awal, namun ditangguhkan susulan keutamaan syarikat terhadap aspek privasi. Apple sedang membangunkan prototaip pelbagai ciri privasi perkakasan dan perisian baharu yang belum pernah ditawarkan pada produk sedia ada.

    Langkah ini diambil bagi mengelakkan isu privasi yang sering dikaitkan dengan peranti pesaing seperti Meta Ray-Ban. Antara strategi yang dipertimbangkan termasuk penggunaan pemprosesan pada peranti, penolakan fungsi pengecaman muka serta kawalan ketat terhadap pemantauan data. Apple turut menguji beberapa variasi rekaan perkakasan bagi menyelesaikan kebimbangan rakaman tanpa kebenaran.

    Antara prototaip yang dinilai ialah model dengan sistem kamera yang hanya menyokong analisis ciri kecerdasan buatan (AI) tanpa fungsi mengambil foto atau merakam video. Apple juga telah membinakan prototaip tanpa sebarang sistem kamera, walaupun model akhir dijangka kekal mempunyai kamera bersama perlindungan privasi khusus.

    Selain kamera dan ciri AI, cermin mata pintar Apple akan dilengkapi pembesar suara dan mikrofon terbina. Komponen ini membolehkan pengguna mendengar muzik, membuat panggilan telefon dan menerima pemberitahuan yang dibacakan oleh pembantu maya Siri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured