More

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh Sejam 2026” di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store. Cabaran tersebut menyaksikan sebanyak 49 helai kemeja sekolah lengan pendek berjaya digosok dengan sempurna dalam masa 60 minit.

    Pencapaian ini dijayakan menggunakan model siri Philips PerfectCare Steam Generator (PSG) 8000. Menurut Philips, peranti ini berupaya mengurangkan masa menggosok pakaian sehingga hampir separuh berbanding masa biasa.

    Rekod sesi menggosok tersebut telah disempurnakan oleh Perunding Kreatif dan Penggaya Fesyen, Nik Erwan Nik Roseli yang mengambil masa kurang daripada seminit bagi setiap helai kemeja. Siri Philips PSG 8000 hadir dengan kadar pembebasan wap berkuasa 215g/seminit serta kebolehan lonjakan wap antara 750g hingga 850g.

    Penjana wap disokong oleh Teknologi OptimalTemp yang dijamin tidak membakar fabrik, di samping pelepasan wap automatik serta merta mengikut pergerakan penggosok. Ciri tambahan peranti merangkumi reka bentuk ringan yang menyokong penggunaan secara mendatar mahupun menegak.

    Ia turut dilengkapi tangki air boleh tanggal berkapasiti 1.4 liter dan sistem keselamatan pemadaman automatik jika tidak digunakan selama 4 minit. Pengesahan dan pengadilan pencapaian rekod tersebut disaksikan secara rasmi oleh jurucakap Malaysia Book of Records, Megat Faris Megat Muzzafar Shah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Nothing dijangka lancarkan jam tangan pintar pertama September ini

    Nothing dilapor bakal melancarkan jam tangan pintar pertama menjelang September ini. Maklumat tertiris mendakwa peranti berkenaan akan ditawarkan pada harga bawah $300...

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured