More

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri ini diperkenalkan secara khusus untuk barisan televisyen Samsung model 2026 terlebih dahulu.

    Standard baharu membawa dua fungsi utama iaitu Enhanced Overall Brightness dan Intelligent Motion Smoothing. Enhanced Overall Brightness menggunakan metadata statistik tambahan untuk memaksimakan tahap kecerahan TV manakala pemetaan nada berasaskan AI mengimbangi perincian bayang pada babak gelap dan meningkatkan kecerahan kandungan sukan dan aksi.

    Intelligent Motion Smoothing pula memanfaatkan metadata mengikut babak bagi membolehkan paparan melaraskan pemprosesan gerakan secara dinamik. Ia dapat mengekalkan kualiti sinematik filem sambil memastikan paparan gerakan lancar pada babak pantas. Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada pengenalan format HDR10+ pada Prime Video sejak Disember 2017.

    Standard dikawal oleh badan HDR10+ Technologies dan kini digunapakai oleh 183 syarikat serta lebih 22,000 produk diiktiraf tanpa sebarang bayaran royalti. Mereka memaklumkan bahawa ciri HDR10+ ADVANCED tidak disokong apabila tetapan Filmmaker Mode diaktifkan. Pengenalan ciri ini disepadukan ke dalam barisan TV Samsung 2026 dan dijangka diperluas ke produk akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured