More

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak pemanduan 805km bermula RM378,800

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk pasaran tempatan. Kenderaan elektrik yang memenangi anugerah World Car of the Year dan World Electric Vehicle of the Year 2026 ini membawa pembaharuan dari segi reka bentuk, seni bina elektrik dan teknologi pemanduan.

    Model ini dibina atas seni bina 800 volt dengan teknologi BMW eDrive Generasi Keenam dan bateri 108.7 kWh. Dua motor elektrik pada gandar hadapan dan belakang menghasilkan kuasa gabungan 345 kW (469 hp) serta tork 645 Nm menerusi sistem pacuan semua roda BMW xDrive. Pemanduan dikawal oleh unit Heart of Joy yang mendakwa mampu memberikan respons sehingga 10 kali lebih pantas berbanding sistem konvensional.

    Menariknya, sistem pemulihan tenaga brek menyumbang sehingga 98 peratus daripada proses membrek dan mampu memberhentikan kenderaan sepenuhnya. BMW iX3 menawarkan jarak pemanduan sehingga 805 km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 400 kW membolehkan penambahan jarak 372 km dalam tempoh 10 minit.

    Penutup port pengecasan boleh dibuka secara automatik menggunakan navigasi dan AI. Di dalam kabin, terdapat paparan unjuran BMW Panoramic Vision 43.3 inci di cermin hadapan, BMW 3D Head-Up Display dan Paparan Tengah 17.9 inci berasaskan BMW Operating System X bersama pembantu pintar AI. Ruang simpanan belakang mempunyai kapasiti 520 liter hingga 1,750 liter manakala ruang di bawah bonet hadapan menawarkan 58 liter.

    Sistem keselamatan pula dilengkapi Bantuan Pemanduan Plus dan Bantuan Parkir Profesional yang membolehkan kawalan parkir menerusi telefon pintar dari jarak enam meter. Kelengkapan lain merangkumi BMW Digital Key Plus, Apple CarPlay, Android Auto dan perkhidmatan penstriman BMW Digital Premium. BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Baharu dijual pada harga RM378,800 atau RM399,800 bersama pakej BMW Service & Repair Inclusive.

    Pelan pembiayaan disediakan bermula RM4,504 sebulan menerusi BMW Easy Drive dan RM4,632 menerusi pelan Straight-Line lengkap dengan penangguhan bayaran ansuran tiga bulan untuk tempoh terhad. Jualan rasmi bermula pada 8 Ogos 2026 di seluruh pengedar sah BMW. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured