More

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesan gangguan serta kekurangan bekalan komponen memori yang disebabkan pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) global.

    Menurut sumber, Apple telah mengadakan perbincangan awal bersama CXMT untuk membekalkan komponen tersebut. Penawaran berkenaan dikhususkan untuk kegunaan peranti yang bakal dijual di pasaran China sahaja. Permintaan tinggi terhadap cip memori seperti DRAM untuk pemprosesan AI telah menyebabkan tekanan harga serta pengetatan bekalan di peringkat global.

    Situasi ini mendorong pengeluar peranti menguji saluran bekalan baharu selain pembekal utama sedia ada seperti Samsung Electronics dan SK Hynix. Disebabkan sekatan kawalan eksport AS yang melarang syarikat Amerika berkongsi maklumat teknikal dan spesifikasi, Apple dijangka menggunakan cip sedia ada yang dikeluarkan oleh CXMT tanpa penyesuaian khas.

    Syarikat pengeluar komputer lain seperti HP dan Acer dilaporkan telah mula menggunakan cip memori CXMT untuk produk yang dipasarkan di luar Amerika Syarikat. Sehingga kini, Apple dan CXMT belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung ujian tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured