More

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68 bermula RM7,999

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini menampilkan reka bentuk yang lebih nipis pada ukuran 10.1mm ketika dilipat serta berat 239 gram. Pada bahagian paparan, ia dilengkapi skrin luar Super Actua OLED berukuran 6.5 inci dan skrin dalaman Super Actua Flex OLED berukuran 8 inci.

    Kedua-dua skrin menyokong kadar segar semula adaptif 1-120Hz serta kecerahan puncak sehingga 3,600 nits. Untuk ketahanan, peranti mengekalkan penarafan kalis air dan debu IP68 serta menggunakan engsel tanpa gear baharu bagi mengurangkan kesan lipatan. Pixel 11 Pro Fold dikuasakan oleh cip pemproses Google Tensor G6 yang digandingkan bersama cip keselamatan Titan M3, RAM 16GB dan pilihan storan sehingga 512GB.

    Peranti ini turut memperkenalkan ciri visor kamera baharu dinamakan HiLight iaitu tatasusunan lampu LED RGB pada bahagian belakang yang menyala untuk memberikan notifikasi visual dan petunjuk aktiviti pembantu pintar Gemini. Sistem pengimejan dibekalkan dengan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 10.5MP dan kamera telefoto 10.8MP yang menyokong zum optikal 5x serta zum digital sehingga 30x.

    Bekalan kuasa ditampung oleh bateri berkapasiti 4,806mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W dan pengecasan wayarles 25W. Di Malaysia, Google Pixel 11 Pro Fold dijual pada harga bermula RM7,999 bagi varian 256GB dan RM8,599 bagi varian 512GB dalam pilihan warna Obsidian serta Olive.

    Sesi tempahan awal telah dibuka menerusi pengedar rasmi dan syarikat telekomunikasi tempatan sebelum jualan rasmi bermula pada 20 Ogos 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured