More

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam dua saiz iaitu 41mm dan 45mm. Ia dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon W5 Gen 2 Accelerated bersama ko-pemproses jimat tenaga, memori RAM 3GB dan storan 64GB.

    Skrin domed Actua 360 OLED LTPO yang digunakan menyokong kadar kesegaran 1Hz hingga 60Hz serta kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Bateri bersaiz 332mAh pada model 41mm mendakwa keupayaan bertahan sehingga 30 jam manakala model 45mm dengan bateri 465mAh bertahan sehingga 40 jam.

    Daripada segi fungsi, jam ini dilengkapi dwi-jalur GNSS untuk penjejakan lokasi lebih tepat serta ciri Health Guardian yang merangkumi pengesanan kecemasan pernafasan dan ringkasan trend kesihatan bulanan. Badannya diperbuat daripada bahan mampan dengan rintangan air serta reka bentuk yang lebih mudah dibaik pulih. Pixel Watch 5 menjalankan sistem pengendalian Wear OS 7.

    Sementara itu, Pixel Tag dibangunkan sebagai peranti penjejak lokasi fizikal yang memanfaatkan rangkaian Google Find Hub berasaskan lebih satu bilion peranti Android. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan polikarbonat, mempunyai ketahanan kalis air IP67 serta berat sekitar 11.8 gram. Tag dikuasakan oleh bateri sel syiling CR2032 yang boleh diganti sendiri dan mendakwa jangka hayat bateri melebihi satu tahun.

    Pixel Tag menyokong teknologi Ultra-Wideband (UWB) dan Bluetooth Channel Sounding untuk penjejakan berpandukan visual jarak dekat. Ia turut dilengkapi pembesar suara terbina untuk mengeluarkan bunyi serta butang fizikal yang boleh digunakan secara terbalik untuk membunyikan telefon yang hilang. Peranti juga menyokong penggera Left Behind dan amalan keselamatan seperti makluman penjejakan tidak dikenali.

    Di Malaysia, Google Pixel Watch 5 dijual pada harga RM1,799 untuk versi 41mm dan RM1,999 bagi versi 45mm. Tempahan dibuka bermula 12 Ogos 2026 dan ketersediaan jualan umum bermula 20 Ogos 2026 menerusi pengedar rasmi seperti Urban Republic, Senheng, Thundermatch, Shopee serta syarikat telekomunikasi tempatan.

    Manakala Google Pixel Tag ditawarkan pada harga RM139 seunit dan dijangka mula dijual di Malaysia sekitar November 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured