More

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan kemas kini pertama bagi logo teks berkenaan sejak tahun 2016. Kemas kini hanya melibatkan logo teks dan tidak mengubah reka bentuk ikon kamera berwarna kecerunan pada paparan utama.

    Ketua Instagram, Adam Mosseri, menyatakan bahawa langkah ini diambil kerana logo teks sedia ada tidak dikemas kini selama sedekad. Menurut beliau, reka bentuk baharu kelihatan lebih bersih dan moden sambil mengekalkan elemen identiti asal platform yang memfokuskan kepada kraf serta kesederhanaan.

    Reka bentuk baharu ini beralih daripada tulisan berangkai tulen kepada gabungan gaya tulisan tangan dan taip cetak. Pengarah Reka Bentuk Produk Instagram, Jasmine Probst, menjelaskan bahawa pasukan reka bentuk Meta telah menerokai ratusan pilihan sebelum memilih gaya skrip ini kerana ia mencerminkan personaliti dan keunikan individu.

    Selari dengan pengenalan logo teks, Meta turut mengemas kini rupa huruf Instagram Sans serta memperkenalkan font tulisan tangan baharu yang dinamakan Instagram Pen dan font Instagram Mono. Pelancaran logo teks baharu ini mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pengguna di media sosial.

    Sebahagian pengguna mempertikaikan tahap kebolehbacaan huruf pada logo tersebut dengan dakwaan gaya huruf “r” dan “s” yang diubah suai menyebabkan perkataan tersebut kelihatan seperti “Instagzam”. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured