More

    Saiz iPhone 12 dijangka lebih kecil dari saiz 4.7 inci iPhone SE 2020!

    Seorang Youtuber, EverythingApplePro telah menunjukkan beberapa gambar yang membandingkan saiz model iPhone 12 dengan iPhone SE 2020. Lebih tepat lagi, mereka membandingkan model iPhone 12 yang dihasilkan menggunakan mesin pencetak 3D dengan iPhone SE 2020 keluaran tahun ini.

    Klip video yang pendek itu menunjukkan saiz iPhone 12 dengan skrin 5.4 inci dilihat lebih kecil dari iPhone SE 2020 yang skrinnya hanya 4.7 inci. Ini disebabkan skrin iPhone 12 dijangka akan hadir dengan bezel yang jauh lebih nipis dari iPhone SE 2020.

    Berdasarkan khabar angin, Apple akan melancarkan empat iPhone baru pada siri kali ini. Model yang paling kecil akan diberi nama iPhone 12 dan dijangka mempunyai saiz skrin sebesar 5.4 inci. Apple juga akan melancarkan satu lagi iPhone 12 dengan skrin bersaiz 6.1 inci, saiz yang sama seperti iPhone 12 Pro, manakala iPhone 12 Pro Max akan hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci.

    Bagaimana dengan saiz siri iPhone 12 yang bakal dilancarkan tak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured