More

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan pengeluaran peranti segmen mesra poket berikutan perubahan rantaian bekalan memori global.

    Helio G99+ dikekalkan dengan rekaan senibina 6nm TSMC seperti Helio G99 terdahulu, namun menerima naik taraf utama pada sokongan jenis memori. Cip baharu menyokong RAM LPDDR5X dengan kelajuan sehingga 5500 Mbps berbanding LPDDR4X yang mengehadkan kelajuan sehingga 4266 Mbps pada versi asal.

    Spesifikasi teras lain kekal tidak berubah di mana ia menggunakan unit pemprosesan pusat (CPU) lapan teras yang terdiri daripada dua teras Arm Cortex-A76 pada kelajuan 2.2 GHz dan enam teras Cortex-A55 pada kelajuan 2.0 GHz. Keupayaan grafik masih digalas oleh GPU Mali-G57 MC2.

    Ciri-ciri lain yang turut dikekalkan termasuk sokongan storan UFS 2.2, keupayaan kamera sehingga 108MP serta modem Cat-13 4G yang menyokong fungsi dual VoLTE. MediaTek tidak melakukan sebarang perubahan pada seni bina asas perisian mahupun ekosistem cip berkenaan.

    Langkah pengenalan sokongan LPDDR5X ini dilaporkan sebagai strategi menangani penutupan dan penukaran jalur pengeluaran LPDDR4X oleh pengeluar DRAM utama yang kini memberi tumpuan kepada memori bernilai tinggi. Pengeluaran Helio G99+ membolehkan pengeluar telefon pintar fleksibel memilih komponen RAM mengikut kos semasa tanpa perlu mereka semula struktur papan induk peranti.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...