More

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini berkuat kuasa serta-merta pada laman rasmi platform penstriman berkenaan. Pelan Mobile mengalami kenaikan RM1 menjadikan harga baharu RM19.90 sebulan berbanding RM18.90 sebelum ini.

    Bagi pelan Basic, harga langganan meningkat RM4 daripada RM29.90 kepada RM33.90 sebulan. Pelan Standard pula naik RM6 daripada RM49.90 kepada RM55.90 sebulan. Kenaikan tertinggi melibat pelan Premium dengan penambahan RM7 yang mengubah harga langganan bulanan daripada RM62.90 kepada RM69.90 sebulan.

    Selain pelan utama, kadar bagi slot ahli tambahan turut dinaikkan daripada RM13 kepada RM14.90 sebulan untuk setiap slot bagi pengguna pelan Standard dan Premium. Menurut Netflix, kenaikan harga dibuat bagi membolehkan pihak mereka terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta menambah penawaran kandungan siri televisyen dan filem baharu.

    Tawaran spesifikasi perkhidmatan seperti kualiti penstriman dan had peranti bagi setiap pelan kekal tidak berubah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Netflix

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured