OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera belakang peranti menampilkan tiga sensor 200MP yang terdiri daripada kamera utama 24mm dengan aperture f/1.5 dan OIS dua paksi, kamera sudut lebar 13mm bersudut pandangan 124 darjah serta kamera telefoto 70mm yang menyokong fokus makro sehingga jarak 10cm.
Bagi rakaman swafoto, ia menggunakan sensor 50MP dengan fokus automatik. Paparan peranti menggunakan skrin AMOLED 6.78 inci berresolusi 1272×2772 piksel dengan kadar segar semula 120Hz untuk sistem, kadar pensampelan sentuhan 288Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Ketahanan fizikalnya melepasi pensijilan kalis air dan debu IP66, IP68 serta IP69.

Ia dilengkapi bateri berkapasiti 8,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 80W SuperVOOC dan pengecasan wayarles 50W. OPPO mendakwa baterinya mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti asal selepas lima tahun penggunaan. Ia beroperasi menggunakan sistem ColorOS 17 berasaskan Android 17.
OPPO Find X10 Pro Max ditawarkan dalam pilihan warna Moon White, Warm Orange dan Light Titanium dengan berat antara 233 gram hingga 235 gram. Harga di China bermula pada CNY 6,799 (~RM4,248) untuk model 12GB/256GB, CNY 7,499 (~RM4,686) bagi 12GB/512GB, CNY 7,999 (~RM4,998) bagi 16GB/512GB dan CNY 8,999 (~RM5,623) untuk varian 16GB/1TB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







