More

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad 20, HONOR Watch 6, HONOR AI Note dan HONOR CHOICE Security Camera. HONOR X9e Pro dilengkapi bateri berkapasiti 11,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W SuperCharge serta pengecasan berbalik berwayar 27W.

    Baterinya mampu bertahan sehingga 66.8 jam main balik video atau sehingga tiga hari untuk penggunaan biasa. Walaupun membawa bateri gergasi, badan peranti kekal dengan ketebalan 8.08mm dan berat 203g. Peranti menggunakan teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop 4.0 yang didakwa mampu menahan kejatuhan dari ketinggian sehingga 3 meter dan telah menerima Pensijilan 5-Bintang SGS.

    Bagi perlindungan cecair dan debu, ia menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K menerusi seni bina berbilang ruang. Struktur ini membolehkan peranti bertahan pada kedalaman air sehingga 10 meter serta menyokong fungsi fotografi bawah air. Paparannya menggunakan skrin 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan puncak mencecah 10,000 nits.

    Ia turut disertakan dengan beberapa ciri penjagaan mata seperti AI Defocus Display dan Circadian Night Display. Kuasa operasinya dijana oleh cip pemproses Snapdragon 6 Gen 5 dan Hummingbird Architecture 2.0 yang dijangka mengekalkan kelancaran sehingga 72 bulan. Sistem fotografi menampilkan kamera utama 108MP yang dilengkapi penstabilan imej tahap CIPA 6.0.

    Ciri kecerdasan buatan (AI) juga disertakan seperti AI Zoom Enhancement, AI Night Enhancement, AI Enhanced Portrait, AI Moving Photos dan fungsi penyuntingan video AI Image to Video 2.0. HONOR X9e Pro membawakan butang fizikal AI Free Grip Call pada sisi skrin untuk menjawab panggilan dengan sebelah tangan serta ketersambungan Instant NFC Access.

    HONOR X9e Pro dijual pada harga bermula RM1,899 untuk model 256GB ROM (bersama 8GB RAM dan 16GB HONOR Turbo RAM) dan RM2,399 bagi model 512GB ROM. Bersama telefon pintar ini, siri tablet HONOR Pad 20 turut ditawarkan pada harga bermula RM1,999 bagi model Wi-Fi, RM2,299 untuk model 512GB/5G dan RM2,499 bagi model Pad 20 Pro.

    HONOR Watch 6 pula ditawarkan pada harga RM699 (versi Fluoroelastomer) dan RM799 (versi kulit). Sementara itu, HONOR AI Note dijual pada harga RM699 dan HONOR CHOICE Security Camera pada harga RM129. Tempahan bagi HONOR X9e Pro dibuka sehingga 8 Oktober 2026 melalui kedai rasmi dan pengedar berdaftar HONOR.

    Pembeli tempahan layak menerima rebat RM100 serta pakej hadiah percuma bernilai RM1,626 yang merangkumi tablet HONOR Pad X7 WiFi dan pelan perlindungan peranti HONOR Rakyat Care+. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured