More

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini dikenali sebagai BeONE Prepaid di bawah RedONE, syarikat kini bergerak sebagai MVNO bebas bermula 2026 dengan tawaran akses rangkaian 4G dan 5G.

    Bagi pelanggan yang bertukar daripada rangkaian lain (MNP) dan mengekalkan nombor sedia ada, BeONE Mobile menawarkan pelan bulanan M25 pada harga RM25 sebulan dengan kuota data 150GB. Pilihan lain merangkumi pelan M38 bernilai RM38 sebulan untuk 350GB data serta pelan M48 pada harga RM48 sebulan yang menyediakan 500GB data domestik dan 50GB data merayau bagi kegunaan di Indonesia, Thailand serta Singapura.

    Untuk pendaftaran nombor baharu, struktur pelan bulanan bermula dengan pelan M30 pada harga RM30 sebulan bagi kuota 150GB. Pilihan pelan M38 ditawarkan pada harga RM38 sebulan bagi 300GB data manakala pelan M48 dijual pada harga RM48 sebulan dengan kuota 400GB data domestik dan 50GB data perayau.

    Semua pelan bulanan menyokong kelajuan rangkaian sehingga 1,000Mbps, kebolehan perkongsian data (hotspot) dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan. Selain pelan bulanan, BeONE Mobile turut menyediakan pilihan pelan harian RM3 untuk 3GB data, pelan mingguan RM12 bagi 15GB data bersama panggilan tanpa had serta pelan tempoh sah tahunan bermula RM38 setahun.

    BeONE Mobile turut memperkenalkan program keusahawanan komuniti bagi pemandu e-hailing dan golongan sasaran untuk menjadi ejen jualan produk mereka. Kesemua pelan dan pendaftaran kad SIM BeONE Mobile kini boleh diakses secara rasmi menerusi aplikasi mudah alih dan platform dalam talian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured