More

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan untuk membolehkan ibu bapa menetapkan panduan penggunaan tanpa perlu membaca mesej peribadi anak-anak mereka.

    Melalui ciri ini, ibu bapa boleh menentukan tetapan privasi remaja seperti pihak yang dibenarkan melihat foto profil atau menambah mereka ke dalam kumpulan. Sebarang percubaan remaja untuk melonggarkan tetapan privasi tersebut memerlukan kelulusan ibu bapa menggunakan kod PIN yang ditetapkan.

    Sistemnya turut menghantar notifikasi kepada ibu bapa apabila remaja menyertai atau meninggalkan sesuatu kumpulan serta apabila jumlah ahli dalam kumpulan tersebut bertambah secara signifikan. Di samping itu, ibu bapa boleh menguruskan akses remaja terhadap saluran (Channels) dan menetapkan paparan kemas kini Status.

    Bagi penggunaan fungsi kecerdasan buatan, ibu bapa boleh menetapkan tahap kawalan Meta AI untuk anak mereka. Pilihan yang disediakan merangkumi tetapan lalai umur 13 tahun ke atas atau mod pilihan Kandungan Terhad yang lebih ketat. WhatsApp menegaskan kawalan ibu bapa ini bersifat pilihan sepenuhnya dan boleh diubah atau dimatikan pada bila-bila masa.

    Walaupun fungsi ini diaktifkan, semua mesej dan panggilan peribadi remaja kekal dilindungi penyulitan hujung ke hujung dan tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak luar termasuk WhatsApp sendiri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured