ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI Z2 Extreme dan skrin 7.4 inci OLED 120Hz Nebula HDR ini hanya ditawarkan sebanyak 30 unit sahaja di seluruh negara.
Tempahan bermula dari 2 Oktober jam 8:00 malam sehingga 15 Oktober 2026 yang mana pembeli turut menerima ROG Ally Limited Edition Loot Box serta tawaran diskaun 20% bagi pembelian gabungan (PWP). Peranti genggam ini dilengkapi memori LPDDR5X RAM 24GB, storan M.2 2280 SSD 1TB, sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 dan bateri berkapasiti 80Wh bersama pengecas 68W.


Rekaan fizikalnya menggunakan gaya hitam lut sinar dengan garisan emas, ergonomik inspirasi Xbox, kayu ria TMR saiz penuh, pemicu impuls dan skrin Corning Gorilla Glass Victus dengan salutan anti-pantulan. Bagi meluaskan paparan visual, pakej disertakan dengan cermin mata AR ROG XREAL R1 Edition 20 Gaming.
Cermin mata ini menggunakan panel Sony Micro OLED, kadar segar semula sehingga 240Hz (Frame Rate Boost), penderapan elektrokromik tiga tahap dan pembesar suara Bose terbina yang mampu memancarkan skrin maya sehingga 171 inci. Pakej ini turut disertakan dengan kerangka dbrand Killswitch khas bersama kemasan corak litar serta bekas perlindungan Pelican Protector Case berpenutup merah khas dan lencana ulang tahun ke-20.

Edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle dijual pada harga RM10,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







