More

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg dan paparan 120Hz bermula RM2,999

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Sage Green, Frost Blue, Blossom Pink d an Lilac Purple dengan harga jualan bermula RM2,999. Ia dibina menggunakan badan aluminium dengan ketebalan 12.9mm dan berat 1.19kg.

    Bagi paparan, ia dilengkapi skrin 14inci WUXGA berprestasi 120Hz dengan nisbah aspek 16:10 serta liputan warna 100% sRGB. Untuk bahagian dalaman, Acer Swift Air 14 dipadankan dengan pilihan pemproses sehingga Intel Core 7 350, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan SSD 512GB. Unit pemprosesan grafik dikendalikan oleh Intel Graphics.

    Baterinya mampu bertahan sehingga 19 jam untuk penggunaan sekali cas penuh. Ia turut menyokong fungsi pengecasan pantas yang membolehkan bateri diisi sehingga 50% dalam tempoh 30 minit. Bagi sambungan peranti, ia menyediakan sambungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, dua port USB-C Thunderbolt 4 dan satu port USB-A.

    Ciri audio dan panggilan video disokong oleh pembesar suara quad berteknologi DTS Ultra, kamera dengan penutup fizikal serta penawaran AI Acer PurifiedView dan PurifiedVoice. Acer Swift Air 14 kini boleh didapati melalui kedai atas talian rasmi Acer dan pengedar sah di seluruh negara.

    Varian asas dengan pemproses Intel Core 3 304 dan RAM 8GB dijual pada RM2,999 manakala pilihan varian Intel Core 5 320 dengan RAM 12GB berharga RM3,999 dan varian tertinggi Intel Core 7 350 berharga RM4,299. Pembelian sebelum 7 Disember 2026 turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM670 sementara stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured