More

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti penstriman Apple TV 4K. Kesemua peranti ini dijana oleh sokongan Apple Intelligence dan Siri AI untuk pemprosesan data secara tempatan serta keupayaan audio spasial.

    Apple HomeView mendahului barisan ini sebagai hub rumah pintar utama yang dilengkapi skrin Liquid Retina 7 inci dengan kecerahan adaptif antara 0.3 nits hingga 500 nits. Dikuasakan cip A18, peranti menggunakan fungsi pengecam wajah sehingga enam ahli isi rumah untuk menyesuaikan paparan skrin utama seperti Messages, FaceTime, Calendar, Reminders dan Find My secara peribadi.

    Daripada segi audio, peranti menggabungkan pemacu paparan dwi bersama woofer hala bawah dan radiator pasif. Pilihan variasi turut ditawarkan dalam warna Space Grey dan Silver melalui reka bentuk khas Schneider Home. Apple HomeView dijual pada harga USD299 (~RM1,222), namun tarikh jualan dan harga rasmi untuk pasaran Malaysia belum diumumkan.

    Sementara itu, HomePod mini 2 menerima naiktaraf perkakasan akustik, kesan pencahayaan Sound Glow dan pilihan warna baharu iaitu Pink, Green, Blue, White serta Midnight. Ia dikuasakan cip S10 dan dijual pada harga RM649 di Malaysia dengan tempahan bermula 15 Oktober 2026 sebelum ketersediaan rasmi pada 30 Oktober 2026.

    Bagi Apple TV 4K baharu pula, peranti dikuasakan cip A19 dan dilengkapi mikrofon medan jauh bagi menerima kawalan suara Siri AI tanpa pegang serta paparan cadangan kandungan skrin penuh. Peranti penstriman ini menyokong tetapan bunyi sekeliling empat pembesar suara apabila dipadankan bersama empat unit HomePod mini.

    Apple TV 4K ditawarkan pada harga RM1,349 di Malaysia dengan tempahan dibuka pada 15 Oktober 2026 dan jualan rasmi bermula 13 November 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...