More

    realme C11 tertiris dengan reka bentuk kamera yang menarik!

    Telefon pintar segmen bajet dari realme, realme C11 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi. Telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan cipset Mediatek Helio G35 dan ianya juga dilihat akan menjadi telefon pintar keluaran realme yang akan mempunyai reka bentuk berbeza dari telefon pintar realme sebelum ini.

    realme sudah menunjukkan gambar teaser mengenai realme C11 ini sebelum ini , namun reka bentuk kameranya masih lagi menjadi tanda tanya. Kini, sebuah gambar dari Twitter yang dimuat naik oleh pengguna bernama @i_am_myself7 menunjukkan reka bentuk realme C11 yang mungkin akan menjadi kenyataan.

    Gambar tersebut menunjukkan realme C11 akan hadir dengan takuk jenis titisan air pada bahagian skrin hadapannya. Pada bahagian belakang pula, realme C11 dijangka akan hadir dengan reka bentuk kamera yang baru seakan-akan reka bentuk Google Pixel 4 yang dilancarkan pada tahun lepas. Berdasarkan poster tersebut, realme C11 akan menggunakan skrin 6.5 inci, bateri 5000mAh dan dwi-kamera pada bahagian belakang.

    realme C11 bakal dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi dan ia bakal hadir dengan warna hijau dan kelabu. Adakah realme C11 juga akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lgi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured