fbpx
More

    Apa yang baru dengan iPadOS 14, watchOS 7, tvOS 14 dan macOS Big Sur?

    Acara WWDC 2020 dari Apple telah dilancarkan dalam talian semalam dan beberapa pengumuman mengenai kemas kini perisian peranti Apple telah diumumkan. Selain daripada perisian iOS 14 yang menjadi tumpuan ramai, Apple juga mengumumkan kemas kini untuk peranti iPad, Apple Watch, Apple TV, dan Mac dengan perisian terbaru iPadOS 14, watchOS 7, tvOS 14, dan macOS Big Sur.

    iPad OS 14 bakal mendapat ciri yang baru, widgets, sama seperti iOS 14. Ianya akan datang pada iPadOS 14 tetapi belum pasti akan cara widgets ini ditambah pada skrin utama iPad. Apple juga menunjukkan ciri sidebar yang akan hadir pada iPadOS 14 yang akan memudahkan pengguna untuk mengemudikan aplikasi. Jika anda menggunakan iPad sebagai pengganti komputer riba, sidebar ini akan memudahkan anda untuk melakukan sesuatu tanpa perlu menyentuh skrin iPad anda.

    Apple juga mereka bentuk semula carian pada peranti iPad and kini ianya dilihat hampir sama seperti Spotlight yang ada pada macOS. Ia boleh membantu anda untuk mencari kenalan, menyusur laman web dan juga untuk membuka aplikasi baru.

    Apple juga melancarkan ciri baru yang dinamakan Scribble. Ianya membolehkan anda menulis menggunakan Apple Pencil pada semua bidang teks dan tulisan tersebut akan bertukar ke teks secara automatik.

    Untuk watchOS 7 pula, Apple melancarkan ciri baru Face Swapping yang membolehkan anda menukar muka jam Apple Watch anda dengan lebih mudah. Kini, anda boleh menambah muka jam Apple Watch melalui laman web pemaju atau melalui media sosial.

    Dengan watchOS 7, Apple watch juga akan menjejaki aktiviti tarian dan juga tidur. Disebabkan membasuh tangan adalah perkara yang sangat penting pada masa kini dengan pandemik COVID-19, watchOS 7 bakal mendapat ciri baru yang akan mengesan waktu anda membasuh tangan dan akan memulakan countdown pada muka jam.

    Apple TV akan mendapat ciri gambar dalam gambar (Picture-in-picture) dengan tvOS 14. Sebarang video dalam tvOS 14 akan boleh ditunjukkan dengan formasi gambar-dalam-gambar di Apple TV anda. Ini memudahkan anda untuk melihat lebih banyak video di TV tanpa perlu mengubah aplikasi. tvOS 14 ini juga membolehkan pengguna menonton video di YouTube dengan kualiti sehingga 4K.

    fungsi gambar-dalam-gambar, pengguna boleh menonton dua video pada masa yang sama

    Akhir sekali, perisian terbaru untuk macOS akan diberi nama macOS Big Sur dan ianya dilihat banyak sama dengan iOS. Pelbagai ciri iOS akan hadir pada macOS Big Sur seperti widgets, mesej berkumpulan, mesej yang boleh disematkan dan juga kebolehan untuk mengubah Memoji anda.

    Bagaimana dengan perisian baru yang diumumkan oleh Apple ini? Berikan pendapat anda tentang hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : The Verge

     

    Artikel Terkini

    Whatsapp kini benarkan ‘pin’ 3 mesej dalam sembang

    WhatsApp telah meningkatkan ciri-cirinya untuk menampung interaksi kumpulan besar, bertujuan untuk bersaing dengan platform seperti Telegram dan Discord. Baru-baru ini, ia meningkatkan...

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X