fbpx
More

    iOS 14: ‘Home screen’ baru dan banyak lagi, adakah iPhone anda layak?

    Melalui acara tahunan Apple, WWDC 2020 yang telah berlangsung, pengguna Apple pastinya teruja untuk menerima pelbagai perancangan dan maklumat baharu. Tidak ketinggalan, pengguna iPhone yang bakal mendapat kemas kini iOS14 terbaru!

    Secara ringkasnya, iOS14 menyediakan pelbagai kemas kini baru. Antara kemas kini yang paling menarik adalah home screen baharu dengan penambahan widget. Penambahan ini menjadikan iPhone anda kelihatan seperti mendapat ekosistem baru secara keseluruhan. Antara ciri baharu yang diperkenalkan dalam iOS 14 adalah seperti di bawah.

    • Penambahan Widget
    • Widget Gallery
    • Smart Stack
    • App Library
    • App Clip
    • Gambar dalam gambar (system-wide picture-in-picture)
    • Penetapan emel dan pelayar utama
    • Wajah Siri baharu
    • Skrin baru untuk panggilan dan mesej masuk
    • Aplikasi Translate
    • Ciri permesejan: Anda boleh pin perbualan atau kontak penting ke atas, aksesori Memoji seperti pelitup muka, bebenang perbualan dalam kumpulan dan tag rakan dalam perbualan.
    • Panduan Apple Maps baharu
    • CarPlay: Pengkategorian aplikasi dan latar belakang baharu
    • Ciri baru dalam aplikasi Home: Pengubahsuaian warna ‘Adaptive Lighting’ dan pengesanan wajah untuk kamera sekuriti Homekit
    • Pemberitahuan oleh Safari jika kata kunci anda dibocorkan
    • Wajah baharu Game Center
    • Sleep Mode
    • Pembangun boleh berkongsi langganan melalui Family Sharing
    iPhone yang layak menerima iOS 14
    Wajah Siri yang baharu
    App Library
    Aplikasi Translate
    Widget aplikasi Cuaca dan Kalendar
    Perbualan yang boleh dipin ke atas
    Widget berita

    Melalui senarai di atas, mungkin ada yang ketinggalan dan bakal ditambah. Namun, segala maklumat lanjut mengenainya mungkin akan dimaklumkan kepada anda pada hari-hari akan datang memandangkan Apple bakal mengadakan pratonton untuk pembangun bermula hari ini.

    Anda boleh pratonton iOS 14 di pautan ini. Untuk pengetahuan anda juga, iOS 14 Beta bakal dibuka untuk akses awam pada bulan hadapan.

    Apakah ciri iOS14 yang paling mengujakan untuk anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X