More

    TikTok didapati boleh mengakses teks yang telah disalin ke dalam ‘clipboard’ pengguna

    Dalam sebuah kemas kini keselamatan untuk iOS 14, kemas kini tersebut mendedahkan beberapa aplikasi yang boleh boleh membaca kandungan teks dalam clipboard pengguna sewaktu ia dipaparkan dalam skrin. Ini termasuklah aplikasi media sosial yang popular, TikTok, dan berupaya menceroboh privasi pengguna iOS.

    Sebenarnya aplikasi itu sebelum ini sudah pun didapati boleh mengakses clipboard pengguna pada bulan Mac lalu dan mengatakan bakal membaiki masalah ini, namun kemas kini iOS 14 yang terkini menunjukkan TikTok masih mempunyai akses kepada clipboard pengguna.

    Wakil TikTok mengatakan akses ini adalah bagi aplikasi itu untuk mengesan dan mengurangkan kandungan spam yang berulangan. Kemas kini iOS 14 ini terbukti menunjukkan perkara sedemikian masih dilakukan oleh TikTok, apabila fungsi baru dalam iOS 14 memaklumkan pengguna apabila sebuah aplikasi didapati ingin mengakses clipboard pengguna.

    Aplikasi lain yang boleh mengakses clipboard adalah Overstock, Accuweather, AliExpress, Patreon, Call of Duty Mobile dan Google News. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured