More

    Pengecas dan ‘earphone’ mungkin tidak akan dipakejkan bersama iPhone 12

    Menurut laporan media, iPhone 12 yang bakal dilancarkan pada tahun ini mungkin tidak akan dipasarkan bersama pengecas demi mengurangkan kos. Selain itu, iPhone SE yang sudah pun dipasarkan sekarang mungkin tidak akan dijual bersama pengecasnya bermula akhir tahun ini.

    Ramalan ini diberikan oleh Guo Minghao, seorang penganalisis industri telefon pintar yang ternama. Walaupun kos pembinaan iPhone 12 telah meningkat secara signifikan bagi memperkenalkan sokongan 5G, Apple mungkin ingin mengekalkan harga iPhone 12 agar ia serupa dengan harga iPhone 11. Jika tidak, iPhone 12 mungkin tidak mampu mengulangi jualan tinggi yang telah dicatatkan oleh iPhone 11.

    Selain pengecas, Guo juga mengatakan iPhone 12 tidak akan dijual bersama headset atas sebab yang sama. Pada waktu ini, iPhone 11 Pro dipasarkan bersama pengecas 18W di dalam kotak. Beliau mengatakan Apple akan mula memasarkan pengecas baru yang mempunyai kadar kuasa 20W bermula suku ketiga 2020, dan pengilangan pengecas 5W dan 18W yang dipakai oleh model-model iPhone sebelum ini bakal diberhentikan sebelum tahun ini berakhir.

    Apakah pendapat anda tentang berita ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured