More

    Laporkan melalui WhatsApp kalau nampak perokok di restoran!

    Asap rokok atau vape memang akan menganggu selera kita apabila berada di restoran. Mujurlah, kerajaan sudah pun mula menguat kuasakan sebuah undang-undang yang melarang perokok untuk merokok dalam lingkungan tiga meter dari tempat makan.

    Undang-undang itu sudah pun diperkenalkan sejak 1 Januari 2019 tetapi tempoh satu tahun telah diberikan untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat tentangnya. Bermula tahun ini, penguat kuasaan penuh akan bermula di mana pesalah akan didenda sebanyak RM250 tetapi boleh dikurangkan kepada RM150 jika pesalah membayarnya dalam tempoh kurang daripada sebulan. Namun, jika pesalah ingkar, dia boleh didenda maksimum sebanyak RM10,000.

    Anda juga boleh menjadi warga yang proaktif dan buat aduan jika ternampak orang merokok berhampiran kedai makan. Anda perlu nyatakan nama kedai, lokasi atau alamat kedai dan jenis kesalahan kemudian hantarkan aduan melalui WhatsApp atau Telegram ke 010-8608949. Jika anda ingin membuat panggilan secara terus, boleh hubungi 03-88924530.

    Kalau anda seorang perokok, pastikan anda merokok di tempat yang betul! Apakah pendapat anda tentang penguat kuasaan undang-undang ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini!

    Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured