More

    Giliran realme pula kenalkan cas pantas 100W, cas penuh 4000mAh dalam 10 minit

    [Kemas kini, 3:20PM, 10 Julai 2020] Eksekutif realme memberi maklum balas kepada komen warganet di laman Weibo. Beliau menyatakan bahawa pengecasan 100W agak perlahan. Hal ini mungkin memberi petanda bahawa realme bakal mengeluarkan teknologi cas pantas sehingga 120W.

    Apa pun, berita dan maklumat rasmi mengenai cas pantas yang lebih laju dari 100W masih lagi samar-samar sehingga kini.

    [10 Julai, 9:00AM] Anda mungkin sudah mendengar desas-desus mengenai pengecasan pantas 100W dari pelbagai sumber. Terkini, pengulas dan pendedah maklumat teknologi terkenal memaklumkan bahawa realme bakal perkenalkan cas pantas 100W dalam bulan ini (Julai 2020).

    Untuk pengetahuan anda, kami telah memaklumkan mengenai cas pantas 100W Xiaomi yang telah melepasi kelulusan China. Cas pantas 100W ini kelihatan memiliki kelajuan pengecasan hampir 120W.

    Memandangkan kami masih ketiadaan maklumat mengenai nama rasminya, kami merujuk cas pantas realme sebagai Ultra Dart Charge 100W seperti yang dinyatakan sumber. Ia dikatakan mampu mengecas â…“ bateri 4000mAh dalam masa 3 minit, manakala pengecasan penuh selama lebih kurang 10 minit.

    Cas pantas ini pada mulanya diperkenalkan jenama syarikat lain. Kami juga pernah memaklumkan mengenai jangkaan tarikan utama telefon pintar tahun 2021 termasuklah cas pantas 100W dan Snapdragon 875.

    Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cas pantas 100W ini, kami akan memaklumkan maklumat terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Beritahu pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook kami.

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured