More

    Canon umumkan kamera tanpa cermin EOS R5 & R6, harga bermula RM11,999 di Malaysia

    Sebenarnya, terdapat khabar angin terdahulu yang menyatakan bahawa Canon bakal melancarkan EOS R5 dan EOS R6 pada bulan ini. Terkini, Canon mengesahkan bahawa dua kamera tanpa cermin ini bakal hadir di Malaysia. Kemunculan mereka turut tampil dengan lensa baharu daripada Makro sehingga ke Super-telefoto.

    Menurut Canon Malaysia, EOS R5 dan EOS R6 dipasarkan untuk golongan amatur berkemahiran tinggi dan golongan profesional. EOS R5 merupakan model 45MP yang lebih gah dengan kemampuan merakam video 8K, manakala EOS R6 tampil dengan harga lebih berpatutan bersama kamera 20.1MP (rakaman video sehingga 4K 60fps).

    EOS R5
    EOS R6

    Kedua-dua model ini dilengkapi pemproses imej baharu DIGIC X dan teknologi Dual Pixel AF II yang memberi pengalaman auto-fokus dan kelajuan tangkapan sehingga 20fps.

    Mengenai lensa baharu pula, terdapat empat lensa baharu yang diperkenalkan. Tiga lensa tetap baharu RF-mount prime adalah RF85mm f/2 MACRO IS STM, RF600mm f/11 IS STM dan RF800mm f/11 IS STM. Ketiga-tiga lensa ini hadir dengan panjang fokal tetap khas untuk fotografi makro, potret dan hidupan liar. RF100-500mm f/4.5-7.1L IS USM pula merupakan lensa telefoto untuk golongan profesional. Anda boleh menambah Extender RF 1.4x atau Extender RF 2x pada lensa tetap anda.

    RF85mm f/2 MACRO IS STM
    RF800mm f/11 IS STM
    RF600mm f/11 IS STM
    RF100-500mm f/4.5-7.1L IS USM

    EOS R5 bakal hadir di Malaysia bulan Ogos 2020 dengan harga RM17,999 (badan), manakala EOS R6 mungkin pada September 2020 berharga RM11,999 (badan). Kami akan memaklumkan kemas kini mengenai kamera ini pada berita yang akan datang di TechNaveBM.com. Apa pun, kami paparkan senarai harga untuk rujukan anda.

     

    Artikel Terkini

    Google jenama semula NotebookLM kepada Gemini Notebook

    Google secara rasmi menukar nama perkhidmatan NotebookLM kepada Gemini Notebook. Langkah ini dibuat susulan perkembangan pesat perkhidmatan tersebut yang kini digunakan oleh...

    OpenAI lancar Codex Micro — Pad kekunci fizikal untuk kawal ejen AI

    OpenAI secara rasminya melangkah ke pasaran perkakasan dengan pengenalan Codex Micro iaitu sebuah pad kekunci makro boleh atur cara. Peranti ini dibangunkan...

    Samsung kini pra-pasang Amazon Music pada jutaan peranti Galaxy

    Samsung secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama Amazon Music bagi membawa aplikasi berkenaan ke dalam ekosistem Galaxy. Melalui langkah ini, aplikasi Amazon...

    Siri Redmi Note 17 dilancar dengan bateri sehingga 9,000mAh dan ketahanan “flagship” bermula ~RM782

    Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 17 untuk pasaran China yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bateri berbanding model terdahulu. Redmi Note...

    Spotify ada AI sendiri? Kini boleh sembang dan minta lagu guna suara

    Spotify secara rasmi memperkenalkan ciri Talk to Spotify yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui perbualan dua hala. Ia kini ditawarkan dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured