More

    OnePlus Nord tiba di Shopee Malaysia, harga terdedah bermula RM2,399

    OnePlus telah mengumumkan bahawa peranti kelas pertengahan pertama OnePlus bakal hadir di pasaran Malaysia pada minggu lalu. Terkini, OnePlus Nord Malaysia mengumumkan kehadirannya yang bakal tersedia melalui kedai dalam talian OnePlus di Shopee Malaysia.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat pemenang bertuah yang bakal dipilih dan diumumkan jika OnePlus Official Store ini mencapai seramai 500 pengikut pada tarikh 27 Julai 2020, 1000 pengikut pada tarikh 10 Ogos 2020 dan 3000 pengikut pada tarikh 24 Ogos.

    Seiring dengan pengumuman ini, terdapat sumber yang mendedahkan tangkapan skrin gambar harga OnePlus Nord. Tangkapan skrin ini dikatakan diambil dari laman web Shopee. Namun, siaran ini telah tiada ketika kami mengunjungi laman akaun Shopee berkenaan.

    Sepintas lalu, OnePlus Nord dilaporkan bakal dihuni cipset Snapdragon 765G, RAM sehingga 12GB dan skrin AMOLED 90Hz. Anda boleh melihat jangkaan spesifikasi lepas di pautan ini. Harga jangkaan pada paparan bemrula RM2,399 sepertinya menandakan bahawa OnePlus Nord ialah sebuah peranti kelas pertengahan premium.

    Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan pelancarannya pada 21 Julai melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber:

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured