More

    Bateri siri iPhone 12 melepasi kelulusan, paling tinggi 3,687mAh

    Sejak beberapa minggu lalu, berita tidak rasmi mengenai siri iPhone 12 telah menular di internet. Baru-baru ini, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa bateri-bateri yang bakal dinyatakan ini telah melepasi kelulusan produk di China, Safety Korea dan UL Denko.

    Bateri-bateri ini didakwa sebagai bateri siri iPhone 12. Penyenaraian dengan butiran maklumat ini membantu kita menjangkakan kapasiti mana yang bakal menghuni model-model dalam siri iPhone 12. Anda boleh melihat bateri dengan nombor model A2471, A2431 dan A2466.

    Kapasiti bateri iPhone 12 5.4 inci dilihat lebih rendah berbanding kapasiti terendah iPhone 11, 3,110mAh. merupakan ramalan model yang bakal dihuni kapasiti bateri yang tersenarai:

    • A2471 (2,227mAh) = iPhone 12 5.4 inci
    • A2431 (2,775mAh) = iPhone 12 Max 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci
    • A2466 (3,687mAh) = iPhone 12 Pro Max 6.7 inci

    Tidak terhenti disitu, sumber turut mendedahkan pengecas 20W yang ditemui dalam penyenaraian kelulusan di China (3C). Namun, pengecas ini dikhabarkan mungkin dijual berasingan dengan iPhone 12.

    Apa pun, kesemua berita ini adalah bukan dari sumber yang rasmi. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured