More

    Creator On The Rise beri peluang YouTuber Malaysia baru untuk dapatkan lebih banyak penonton

    YouTube sebagai sebuah platform video internet yang sangat popular kini mempunyai lebih banyak siaran dan video yang dimuat naik oleh pencipta kandungan YouTube yang semakin ramai. Menurut YouTube, kini lebih 1,000 orang YouTuber mencecah jumlah 1,000 pelanggan (subscribers) pada setiap hari.

    Bagi memberi perhatian umum kepada golongan YouTuber Malaysia yang sedang bangkit ini, YouTube akan memperkenalkan mereka di dalam seksyen baru bernama On The Rise. Setiap minggu, seorang YouTuber akan dipilih dan diketengahkan dalam ruangan Trending untuk sepanjang hari dengan lencana khas Creator on the Rise.

    “Creator on the Rise” pada 15 Julai 2020.

    Mana-mana YouTuber yang mempunyai lebih daripada 1,000 pelanggan layak menerima pengiktirafan ini. Mereka akan dipilih berdasarkan pelbagai faktor termasuk bilangan siaran (view count), masa tontonan (watchtime), kadar pembesaran pelanggan dan lain-lain. Selain itu, para pekerja YouTube juga akan terlibat dalam memilih YouTuber yang manakah akan diketengahkan.

    Tentunya ini akan membantu YouTuber baru yang ingin membesarkan saiz audiens mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured