More

    Rupa OnePlus Nord ditunjukkan secara rasmi dalam video MKBHD

    Sebelum ini, kita sudah melihat sedikit rupa OnePlus Nord melalui gambar kecil dalam Shopee yang kemudian telah dipadam. Hari ini, OnePlus akhirnya telah mendedahkan rupa peranti tersebut secara rasmi bersama bintang YouTube terkenal, Marques Brownlee.

    Dalam sebuah temu ramah bersama pengasas OnePlus, Carl Pei, rupa telefon OnePlus Nord telah ditunjukkan secara ringkas. Di bahagian belakang, anda boleh lihat bonggol kamera yang menempatkan empat lensa, terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 16MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman. Di bahagian hadapan pula terdapat dwi-kamera selfie yang terdiri daripada kamera 32MP dan 8MP.

    Bahagian hadapan OnePlus Nord.

    Di bahagian bawah pula, sebuah port USB Type-C boleh dilihat namun tidak ada sebarang bicu audio 3.5mm. Daripada segi spesifikasi, OnePlus Nord dilaporkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 765G, bateri 4,115mAh dan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

    Antara yang menarik dalam video bersama Marques itu adalah Carl turut berkongsi prototaip awal untuk Nord, di mana susunan kameranya amat berlainan dengan rekaan terakhir. Selain itu, earphone wayarles yang dipakai Carl sepanjang temuramah mungkin adalah OnePlus Buds.

    Adakah anda berminat untuk memiliki OnePlus Nord? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Marques Brownlee YouTube

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured