More

    Kemas kini iOS 12.4.8: Apple masih sokong iPhone 5s walau berusia 7 tahun

    Seiring dengan iOS 13.6 yang tersedia untuk peranti iPhone generasi terkini, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 12.4.8 untuk peranti iPhone generasi terdahulu. Kemas kini ini sudah tersedia bermula pada 15 Julai 2020 lalu.

    Untuk pengetahuan anda, kemas kini iOS 12.4.8 adalah untuk iPhone yang sudah tidak menyokong kemas kini iOS 13. Antara peranti yang boleh mengemas kini iOS 12.4.8 adalah iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3 dan model iPod Touch generasi ke-6.

    Kemas kini ini tidak membawa apa-apa perubahan baharu melainkan peningkatan baik pulih kelompangan sistem sekuriti. Walaupun hanya kemas kini kecil, ini bermakna Apple tidak mengabaikan peranti lamanya dan masih menyokongnya dengan memberi kemas kini untuk pengguna.

    Sebagai tambahan, iOS 14 Beta kini juga tersedia untuk pengguna awam. Adakah anda masih memiliki peranti lama iPhone ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...