Teknologi bukan sahaja diaplikasikan dalam industri terkenal seperti telefon pintar, tetapi juga pada industri makanan. Syarikat makanan terkemuka, KFC dilaporkan bekerjasama dengan syarikat Rusia yang memfokuskan pembangunan teknologi pencetakan bio 3D (3D bioprinting).
Sumber melaporkan kerjasama ini adalah berasaskan rancangan KFC untuk membekalkan rempah dan ramuan bagi menghasilkan daging ayam dengan rasa asli ayam KFC. Teknologi pencetakan bio 3D ini bakal menggunakan sel ayam dan material tumbuhan untuk menggantikan daging ayam yang asli.
Memandangkan ia menggunakan sel ayam, maka ia tidak dikhususkan kepada golongan vegetarian. Daging ayam menggunakan teknologi ini dikatakan bakal digunakan untuk penghasilan nuget ayam KFC. Kami masih ketiadaan maklumat berkenaan tempoh rasmi penghasilannya.
Apa pun, apakah agaknya rasa nuget kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Verge
Gambar ihsan LoopMe Malaysia






